Tuesday, April 20, 2021

Brake

RS menggunakan disk brake depan dan belakang. Walaupun kedua-duanya hanya menggunakan satu caliper, tapi ia cukup kuat untuk memberhentukannya bila-bila masa yang diperlukan.

Saya tidak pasti saiz disknya tepali kalau anda nak tahu juga bolehlah tanya Pakcik Google.

Dalam uji pandu yang lalu, saya sempat uji kedua-duanya. Saya buat ujian satu persatu untuk tengok tahap kemampuannya.
Brake belakang. Saya uji pada kelajuan sederhana. Brake menggigit dengan kuat dan cekap. Jika terlalu kuat, tayar belakang dengan mudah, akan terkunci. Saya cadangkan pemilik-pemilik RS berhati-hati bila menggunakannya. Jika di tekan dengan terlalu kuat dan keadaan anda tidak stabil, anda mungkin boleh terjatuh. RS tidak ada sistem ABS.
Brake depan juga sangat kuat. Sedikit tarikan brake lever akan mencakup dengan kuat dan membenan fork hadapan. Dalam keadaan kering, sukar untuk tayar depan itu menggelongsor tapi jika jeadaan basah atau berpasir, ia mungkin n akan jadi sedikit bahaya.

Jika anda menggunakan kedua-duanya dengan betul, RS akan dapat diberhentikan dengan mudah dan dapat dapat mengelak sebarang halangan atau bahaya.

Pada pendapat saya, cara membrake paling baik ialah dengan menekan brake belakang dahulu diikuti dengan barke hadapan sebaik sahaja brake belakang mula menggigit. Sesuaikan dengan keadaan jalan agar RS dapat dikawal.

Jika prake pad sudah haus, tukar dengan brake pad yang berkualiti. Jika demikian, saya yakin keseluruhan system akan dapat berfungsi dengan baik dan berkesan.

Perlukah brake system ini di upgrade? Jika RS pada spec standars, tidak perlu. Brake original sudah lebih dari mencukupi.

Tapi, belajarlah menggunakan brake dengan berkesan. Elakkan mengekor kenderaan lain terlalu dekat. Pastikan minyak brake sentiasa cukup, brake pad sentiasa berkadaan baik serta bersihkan disk selalu.

Ingat, brake paling berkesan jika kedua-duanya digunakan pada masa yang betul.

Jumpa lagi. 

Friday, April 16, 2021

Tayar dan Rim

Handling RS ini memang tiada masalah. Stabil dan mantap.

Cuma, secara peribadi saya rasa tayar motorsikal ini terlalu besar. Tayar belakang 120/70 dan depan 90/80.
Tayar ini menyebabkan top speed menjadi kurang. Menurut owner RS yang saya uji pandu, dia cuma boleh dapat 120km/j saja di jalan rata. Memang ada video YouTube yang menunjukkan top speed sehingga 146km/h. Mungkin bila ada peluang saya akan cuba untuk dapatkan top speed terbaru. 

Kalau kita buat sedikit pemerhatian, banyak maklumat menunjukkan pemilik RS yang inginkan lebih top speed, menukar rim dan tayar kepada jenama after market. Mereka menggunakan rim yang lebih ringan dan tayar yang lebih kecil.

Saya rasa ini akan mengurangkan beban berat roda dan juga mengurangkan geseran permukaan dan seterusnya membolehkan untuk mendapat top speed yang lebih tinggi

Kalau mengikut pengalaman lalu, motorsikal 2 lejang yang mengeluarkan kuasa sehingga 27hp dan punya rop speed sehingga 180-190km/j hanya menggunakan tayar bersaiz 90/90 di belakang dan 80/90 di hadapan.

Saya rasa pihak pengeluar akan terus menggunakan tayar sedia ada kerana RS nampak besar dan mantap dengan tayar tersebut. Tapi, andainya hajat saya tercapai, pilhan saya 100/80 dibelakang dan 90/80 di hadapan.

Jumpa lagi diposting akan datang. 

Thursday, April 15, 2021

Ride 03 - Uji Penumpang

Cuaca sangat baik kerana tidak terlalu panas dan tidak pula hujan. Sarjan minta tolong hantarkan dia untuk mengambil keretanya dibengkel. Peluang baik, saya nak uji penumpang. Saya rasa tak pernah ada orang buat, Uji Penumpang. Yang selalu dibuat, Uji Pandu saja.


Untuk menaiki naik RS ini (sebagai penumpang) memang seksa. Bukan apa, berat saya 100kg+ dan tempat duduk belakang RS tu memang tinggi.Tambah lagi, ada Givi Box. Saya terpaksa angkat kaki dan hulurkan dicelah antara rider dan box tersebut.


Memulakan perjalanan, tiada masalah. Tiada rasa enjin menderam kerana membawa dua orang yang boleh tahan saiznya. Tambah lagi Sarjan otai bikers, ada HD yang beratnya hampir 350kg. Mudah saja dia mengendali RS ini, dengan saya sebagai penumpang.


Tempat duduk belakang terasa sempit (depan rider dan belakang Givi Boc). Dan keras juga. Beberapa km pertama, saya terpaksa menyesuaikan diri. Walaupun saya dah bawa motorsikal lebih 35 tahun, tetapi jadi penumpang bukan satu yang selalu saya lakukan. Mungkin isteri saya lebih mahir dalam hal ini.


Jalan yang kami lalui adalah dari Pedas ke Seremban Jaya. Jalan ini telah lama tidak diturap dan banyak lubang-lubang kecil. Tetapi RS ini berjalan lancar. Cuma tempat pemijak terasa gegaran halus. Dengan kadar gegaran ini, rasa rasa, selepas 1-2 jam, kaki saya akan kebas.


Suspension juga mengendalikan permukaan jalan dengan baik. Cuma, pada dikawasan yang lekuk dalam, terasa sesekali, membuai. Saya rasa kalau preload ditambah, keadaan akan menjadi lebih baik. Pada kelajuan antara 70-90km/j, semuanya berjalan lancar, termasuk sekali-sekala memotong kenderaan yang terlalu perlahan.


Sebelum memasuki simpang ke Seremban Jaya, ada selekoh tajam di bawah jambatan berhampiran stesen komuter. Lancar je Sarjan korner di situ. Honda, kalau ambil corner, selalu cemerlang, walaupun motorsikal keseluruhannya agak tinggi.


Sampai di bengkel, kereta Sarjan sudah pun siap. Bukan ada masalah sangat pun, cuma beberapa bahagian elektronik dimasuki air semasa mencuci enjin. Saya sempat berbual dengan mekanik hal beberapa perkara mengenai kereta. Sempat juga bertanya kalau-kalau dia boleh repair TX-5 saya. Boleh katanya. Alhamdulillah, satu lagi projek musim pencen. Lama tak drive Ghia TX-5 tu. Memang bukan Mercedes atau BMW, tapi handling kereta ni...... superb.


Dari bengkel kami ke rumah Sarjan. Saya ride RS. Tiada masalah walaupun dalam taman-taman perumahan dan kesesakan kerana budak-budak keluar sekolah. Sampai rumah Sarjan, sempat tengok cafe racer dan Y100 kepunyaannya. Geram.


Selepas selesai urusan-urusan yang perlu, kami bertolak balik ke pejabat. Kali ini, saya lebih selesa kerana sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang sempit dan seat yang keras. Saya juga sudah dapak memijak tempat letak kaki (footrest) dengan lebih kemas. Saya lebih selesa, Sarjan juga lebih selesa. Jadi, rasa seperti lebih laju.


Kami melalui jalan yang sama. Cuma, di satu bahagian jalan, ada satu kawasan lekuk dalam yang selalu meyebabkan skuter saya berhayun. Saya ingin lihat apa reaksi RS di situ.


Kelajuan sekitar 85km/j. RS rempuh lekukan tersebut dengan cemerlang. Tidak berbuai dan tidak membuang. Honda ni memang hairan, penuh dengan kejutan-kejutan. Kelajuan berlegar sekitar 80-90km/j dan saya dah selesa pada masa ini.


Tayar RS yang bersaiz 120 belakang dan 90 depan, memang tidak mengalami sebarang masalah semasa naik berdua. Walaupun saya rasakan ianya terlalu besar pada motorsikal 150cc dengan kuasa hanya sekitar 15hp. Kalau saya berjaya memiliki motorsikal ini suatu hari nanti, tayar itu yang paling awal saya tukar.


Sepanjang jalan lurus yang ada sedikit berbukit, tidak sekalipun Sarjan menukar gear. Maknya, walaupuin beban melebihi 180kg, tork RS ini mampu memacunya tanpa sebarang masalah. Ehmmm.... nampaknya RS ini menjadi semakin menarik!


Secara keseluruhannya, tiada masalah menunggang RS ini dengan membawa penumpang. Pengendalian dan pecutan hampir tidak terjejas. Sebagai penumpang pula, saya dapat menyesuaikan diri dan menjadi selesa selepas 20-30km perjalanan.


Jumpa lagi, dipengalamn lain bersama RS ini nanti.


Enjin RPM

RS ini memang seronok kalau stop and go. Gear 1 punya ratio yang rendah dan menggerakkannya sangat mudah. Dalam kawasan perumahan yang penuh dengan bumper sekalipun, hanya memerlukan kita berada dalam gear 2 dan 3 untuk menunggang dengan lancar. 

Tapi saya paling tertarik pada putaran enjin semasa berada di gear teratas (gear 6). Pada kelajuan 100km/j, enjinnya hanya berputar pada 7400 RPM.

Dari pengalaman yang lalu, enjin motor EL250 saya pun berputar pada 8000 RPM untuk berjalan pada kelajuan yang sama. 

Dengan RPM seperti ini, RS ini boleh ditunggang dengan selesa pada perjalanan jarak jauh. Dari kira-kira mudah, kita boleh mencapai kelajuan sekitar 135km/j sebelun ia masuk ke zon merah pada 10000RPM.

Kelajuan favourite saya semasa tunggangan jarak jauh adalah sekitar 110-120km/j. Ini bermakna enjin akan berada pada sekitar 8000-8900 RPM sepanjang perjalanan. RPM yang agak rendah ini membolehkan kita menunggang dengan rasa tenteran dan pada masa yang sama enjin pulak tidak berada dalam keadaan tertekan

Saya boleh tunggang RS ini, dari setangki minyak ke setangki minyak tanpa bimbang apa-apa, kerana sentiasa berada 1000RPM di bawah zon merah.

Yang lebih membimbangkan hanyalah kemampuan dan ketahanan diri untuk meneruskan perjalanan.

Saya memang tidak sabar untuk ride long distances dengan RS ini. 

Monday, April 12, 2021

Ride 02 - Launching

Ini kali kedua saya ride RS. Saya tidak akan komen yang bukan-bukan, hanya pengalaman saya dengan launching dan tork pada RPM rendah. 


Launching RS ni memang mudah. Gear 1 ringan saja. Tapi, ratio keseluruhan sangat rendah. Tak boleh nak stay lama dalam gear 1.

Saya berhenti beberapa kali dan re-launch. Hasilnya sama. Pada tiga ribu RPM, motor bergerak dengan mudah dan lancar dalam gear 1. Ini mengingatkan saya pada Versys 650 yang mempunyai ciri-ciri yang sama dan amat berlainan dengan Naza Blade 650 yang punya gear 1 yang boleh ditarik lebih panjang. 

Masuk ke gear seterusnya amat lancar sehingga gear ke 6. Di sini, kelajuan dengan mudah sampai ke 100km/j pada putaran enjin 7400 RPM.

Saya berhenti lagi benerapa kali dan mencari gear neutral. Ada yang komplain mengatakan susah untuk mencari gear neutral bila sudah berhenti. Pada unit ini, mudah saja. Saya penunnggang Kawasaki 2 lejang 90an yang mempunyai kotak gear yang tidak memungkinkan mencari gear neutral setelah motorsikal berhenti. Mungkin sebab itu, mencari gear neutral RS ini, terasa terlalu mudah. 

Kemudian saya ride santai dalam kawasan kampung pada kelajuan 30-50km/j dalam gear 4 dan 5 dengan selesa. Sah, tork RS ini memang sangat baik pada RPM rendah. Mengambil angin petang di kampung dan di taman-taman perumahan sudah pasti sangat menyeronokkan

Untuk memotong, pada kelajuan 60-70km/j, gunakan gear 5. Pecutan sederhana tapi lancar dan meyakinkan. 

Sedikit kelemahan pada RS ini ialah, terdapat gegaran halus pada keseluruhan RPM pada mana-mana gear sekali pun. Ia mungkin tidak mengganggu tunggangan pendek, tapi tangan mungkin kebas apabila lama menunggang.

Pukulan angin dari hadapan juga terasa kuat. Mungkin saya telah terlalu lama menunggang skuter dengan windscreen penuh. 

Hari ini, kelajuan maksima tunggangan saya hanyalah 105km/j. RS ini boleh pergi jauh lebih laju...... 

Saya ride RS ini di Jalan Pedas - Sepri. Ini adalah jalan pintas dari Pedas ke Kompleks Pejabat Daerah Rembau. Jalan ini melalui perkampungan dan hutan yang di teroka pada sekitar tahun 70an dahulu. Jalannya lurus walaupun agak sempit. Ia sangat sesuai untuk menguji kelajuan maksima RS ini, tapi, agak bahaya kerana terdapat banyak binatang ternakan orang kampung seperti kerbau, lembu dan kambing yang kerap melintas jalan. 

Kemudian saya ride santai di Kampung Senama Hulu, Kampung Waris Tebat, Kampung Air Hitam dan beberapa kampung lainnya. 

Jumpa lagi di posting seterusnya. 



Thursday, April 8, 2021

Ride 01 - Pertama kali bawa RS150



 Ini adalah RS pertama yang saya tunggang. Sudah terlalu lama, ingat-ingat lupa pemerhatian saya terhadap motor ini. Ini RS milik rakan sepejabat. Kecek punya kecek, dia bagi kunci. Ratalah satu daerah saya pusing-pusing.


Yang saya ingat.......


Handle bar terlalu rendah.

Rasa masih selesa, tetapi kalau ianya tinggi sedikit lagi, pasti lebih selesa untuk saya. Tapi ia bukan satu kekurangan, cuma satu keutamaan saya.


Tempat duduk terlalu tinggi.

Mungkin ini adalah satu ciri-ciri motorsikal Honda yang diturunkan dari abang-abangnya. Kalau saya memilikinya nanti, saya akan potong sedikit tempat duduk dan dibubuh dengan cover seat custom made.


Enjin yang flat.

Saya besar zaman motor 2 lejang. Jadi masih teringat-ingat bila enjin 2 lejang ini sampai ke RPM tertentu, satu ledakan kuasa akan diperolehi. Masa tu, pergh........ memang nikmat. RS ini tidak begitu. Enjinnya punya agihan kuasa yang malar. Saya tertunggu-tungu bilakan ia akan melonjak kehadapan dengan galak. Sayang, kuasanya flat saja. Tapi, kelebihannya, di RPM mana pun, torknya tetap cukup untuk menarik RS ini dengan memuaskan dan selesa. Ini mesti cara talaan elektronik motorsikal ini. Nak rasa yang berlainan, pergi buat custom tuning laaaa...........


Saya tidak sempat uji kelajuan maksima. Yelah.... motor orang. Takkan nak lanyak sampai tak sedar diri.


In Syaa Allah, bila ada RS kepunyaan sendiri, saya akan periksa semuanya....


Wednesday, April 7, 2021

Kenapa RS150

 

Ada yang kata motor orang tua

Ada yang kata motor orang pencen

Ada yang kata motor untuk ke masjid


Pada saya, RS ini sebuah kapcai istimewa. Enjin DOHC 150 cc dan teknologi Honda yang terbaru. Inilah salah satu model kapcai dengan cylinder head DOHC, satu lagi adalah Suzuki Belang. Secara umumnya, enjin DOHC boleh ditala untuk meningkatkan performance hingga ke tahap maksima.


Walaupun bukan berada dipasaran dunia, tetapi bagi negara-negara Asean, ia sangat popular. Bagi unit standard, memang ia bukanlah sebuah performer, tapi cukup laju untuk kegunaan harian. Engin juga di katakan sangat lasak.


Bagi peminat Honda seperti saya, ianya sangat menarik. Dan bagi peringkat umur seperti saya, ianya lebih dari mencukupi untuk kegunaan harian, mengembara ke seluruh negara dan sekali sekala menunngang dengan bersemangat.


Dari info YouTube, saya pernah melihat kelajuan maksima RS ini boleh mencecah 145km/j. Cukup laju untuk kegunaan harian. Tetapi ada juga yang komen pasal masalah kecil seperti pertukaran gear yang tidak lancar dan kesukaran untuk mendapat gear neutral.


Walaupun jualan model ini tidak sehebat model jenama pesaing, saya rasa ia tetap mempunyai peminat tersendiri. Kemudahan membeli aksesori secara online dari negara jiran, menambahkan lagi keseronokan meiliki RS ini.


Saya, peminat setia motorsikal Honda, dan RS ini pilihan utama saya dalam kategori super kapcai.