Tuesday, April 6, 2021

Mulanya....

Saya memang peminat Honda. 

Mula kenal motor Honda C70. Mula belajar menunggang motorsikal dengan C70 tu juga.

Setelah mendapat lesen B3 semasa tingkatan 4, saya menunggang setiap peluang yang ada.

Kemudian, saya berjinak-jinak pula dengan Honda CB125E kepunyaan abang. Bila Honda Raider 135 keluar, saya dapat lah peluang menunggang sekali-sekali, motor kawan-kawan.

Semasa sudah bekerja, saya dapat membeli sebuah GL125 terpakai. Motor ini sangat jimat minyak. Sayangnya enjin agak kuat meragam.

Selepas ini, saya tidak menggunakan motor Honda. Salah satu sebabnya, Honda mahal dan diluar kemampuan saya yang telah berkeluarga.

Tapi, dalam hati tetap..... Honda.

No comments: