Thursday, April 15, 2021

Ride 03 - Uji Penumpang

Cuaca sangat baik kerana tidak terlalu panas dan tidak pula hujan. Sarjan minta tolong hantarkan dia untuk mengambil keretanya dibengkel. Peluang baik, saya nak uji penumpang. Saya rasa tak pernah ada orang buat, Uji Penumpang. Yang selalu dibuat, Uji Pandu saja.


Untuk menaiki naik RS ini (sebagai penumpang) memang seksa. Bukan apa, berat saya 100kg+ dan tempat duduk belakang RS tu memang tinggi.Tambah lagi, ada Givi Box. Saya terpaksa angkat kaki dan hulurkan dicelah antara rider dan box tersebut.


Memulakan perjalanan, tiada masalah. Tiada rasa enjin menderam kerana membawa dua orang yang boleh tahan saiznya. Tambah lagi Sarjan otai bikers, ada HD yang beratnya hampir 350kg. Mudah saja dia mengendali RS ini, dengan saya sebagai penumpang.


Tempat duduk belakang terasa sempit (depan rider dan belakang Givi Boc). Dan keras juga. Beberapa km pertama, saya terpaksa menyesuaikan diri. Walaupun saya dah bawa motorsikal lebih 35 tahun, tetapi jadi penumpang bukan satu yang selalu saya lakukan. Mungkin isteri saya lebih mahir dalam hal ini.


Jalan yang kami lalui adalah dari Pedas ke Seremban Jaya. Jalan ini telah lama tidak diturap dan banyak lubang-lubang kecil. Tetapi RS ini berjalan lancar. Cuma tempat pemijak terasa gegaran halus. Dengan kadar gegaran ini, rasa rasa, selepas 1-2 jam, kaki saya akan kebas.


Suspension juga mengendalikan permukaan jalan dengan baik. Cuma, pada dikawasan yang lekuk dalam, terasa sesekali, membuai. Saya rasa kalau preload ditambah, keadaan akan menjadi lebih baik. Pada kelajuan antara 70-90km/j, semuanya berjalan lancar, termasuk sekali-sekala memotong kenderaan yang terlalu perlahan.


Sebelum memasuki simpang ke Seremban Jaya, ada selekoh tajam di bawah jambatan berhampiran stesen komuter. Lancar je Sarjan korner di situ. Honda, kalau ambil corner, selalu cemerlang, walaupun motorsikal keseluruhannya agak tinggi.


Sampai di bengkel, kereta Sarjan sudah pun siap. Bukan ada masalah sangat pun, cuma beberapa bahagian elektronik dimasuki air semasa mencuci enjin. Saya sempat berbual dengan mekanik hal beberapa perkara mengenai kereta. Sempat juga bertanya kalau-kalau dia boleh repair TX-5 saya. Boleh katanya. Alhamdulillah, satu lagi projek musim pencen. Lama tak drive Ghia TX-5 tu. Memang bukan Mercedes atau BMW, tapi handling kereta ni...... superb.


Dari bengkel kami ke rumah Sarjan. Saya ride RS. Tiada masalah walaupun dalam taman-taman perumahan dan kesesakan kerana budak-budak keluar sekolah. Sampai rumah Sarjan, sempat tengok cafe racer dan Y100 kepunyaannya. Geram.


Selepas selesai urusan-urusan yang perlu, kami bertolak balik ke pejabat. Kali ini, saya lebih selesa kerana sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang sempit dan seat yang keras. Saya juga sudah dapak memijak tempat letak kaki (footrest) dengan lebih kemas. Saya lebih selesa, Sarjan juga lebih selesa. Jadi, rasa seperti lebih laju.


Kami melalui jalan yang sama. Cuma, di satu bahagian jalan, ada satu kawasan lekuk dalam yang selalu meyebabkan skuter saya berhayun. Saya ingin lihat apa reaksi RS di situ.


Kelajuan sekitar 85km/j. RS rempuh lekukan tersebut dengan cemerlang. Tidak berbuai dan tidak membuang. Honda ni memang hairan, penuh dengan kejutan-kejutan. Kelajuan berlegar sekitar 80-90km/j dan saya dah selesa pada masa ini.


Tayar RS yang bersaiz 120 belakang dan 90 depan, memang tidak mengalami sebarang masalah semasa naik berdua. Walaupun saya rasakan ianya terlalu besar pada motorsikal 150cc dengan kuasa hanya sekitar 15hp. Kalau saya berjaya memiliki motorsikal ini suatu hari nanti, tayar itu yang paling awal saya tukar.


Sepanjang jalan lurus yang ada sedikit berbukit, tidak sekalipun Sarjan menukar gear. Maknya, walaupuin beban melebihi 180kg, tork RS ini mampu memacunya tanpa sebarang masalah. Ehmmm.... nampaknya RS ini menjadi semakin menarik!


Secara keseluruhannya, tiada masalah menunggang RS ini dengan membawa penumpang. Pengendalian dan pecutan hampir tidak terjejas. Sebagai penumpang pula, saya dapat menyesuaikan diri dan menjadi selesa selepas 20-30km perjalanan.


Jumpa lagi, dipengalamn lain bersama RS ini nanti.


No comments: