Launching RS ni memang mudah. Gear 1 ringan saja. Tapi, ratio keseluruhan sangat rendah. Tak boleh nak stay lama dalam gear 1.
Saya berhenti beberapa kali dan re-launch. Hasilnya sama. Pada tiga ribu RPM, motor bergerak dengan mudah dan lancar dalam gear 1. Ini mengingatkan saya pada Versys 650 yang mempunyai ciri-ciri yang sama dan amat berlainan dengan Naza Blade 650 yang punya gear 1 yang boleh ditarik lebih panjang.
Masuk ke gear seterusnya amat lancar sehingga gear ke 6. Di sini, kelajuan dengan mudah sampai ke 100km/j pada putaran enjin 7400 RPM.
Saya berhenti lagi benerapa kali dan mencari gear neutral. Ada yang komplain mengatakan susah untuk mencari gear neutral bila sudah berhenti. Pada unit ini, mudah saja. Saya penunnggang Kawasaki 2 lejang 90an yang mempunyai kotak gear yang tidak memungkinkan mencari gear neutral setelah motorsikal berhenti. Mungkin sebab itu, mencari gear neutral RS ini, terasa terlalu mudah.
Kemudian saya ride santai dalam kawasan kampung pada kelajuan 30-50km/j dalam gear 4 dan 5 dengan selesa. Sah, tork RS ini memang sangat baik pada RPM rendah. Mengambil angin petang di kampung dan di taman-taman perumahan sudah pasti sangat menyeronokkan
Untuk memotong, pada kelajuan 60-70km/j, gunakan gear 5. Pecutan sederhana tapi lancar dan meyakinkan.
Sedikit kelemahan pada RS ini ialah, terdapat gegaran halus pada keseluruhan RPM pada mana-mana gear sekali pun. Ia mungkin tidak mengganggu tunggangan pendek, tapi tangan mungkin kebas apabila lama menunggang.
Pukulan angin dari hadapan juga terasa kuat. Mungkin saya telah terlalu lama menunggang skuter dengan windscreen penuh.
Hari ini, kelajuan maksima tunggangan saya hanyalah 105km/j. RS ini boleh pergi jauh lebih laju......
Saya ride RS ini di Jalan Pedas - Sepri. Ini adalah jalan pintas dari Pedas ke Kompleks Pejabat Daerah Rembau. Jalan ini melalui perkampungan dan hutan yang di teroka pada sekitar tahun 70an dahulu. Jalannya lurus walaupun agak sempit. Ia sangat sesuai untuk menguji kelajuan maksima RS ini, tapi, agak bahaya kerana terdapat banyak binatang ternakan orang kampung seperti kerbau, lembu dan kambing yang kerap melintas jalan.
Kemudian saya ride santai di Kampung Senama Hulu, Kampung Waris Tebat, Kampung Air Hitam dan beberapa kampung lainnya.
Jumpa lagi di posting seterusnya.
No comments:
Post a Comment